About me FF List Blog

Part 3





Hae In’s POV
Senyap.Memang senyap. Bukan kelas ini yang senyap.Tapi aku yang senyap.Senyap menyendiri. Tapi kelas ini kekal riuh. Tambah-tambah depan aku ini.

Minhoo. Best nya dia…Ramai kawan.Aku? Tui. Senyap je punya fasallah aku tak de kawan. Disebabkan dia terlebih peramahlah dia jadi ketua kelas. Awal-awal dia masuk je dah riuh satu kelas dibuatnya. Sepatutnya ketua kelas buat anak buah dia senyap. Ini tak. Makin riuh+bising adala..

Heh.Aku pun tak tau dia satu kelas dengan aku sebenarnya. Sedar-sedar dia dah terpacak depan kelas semasa sesi pengenalan diri tadi.

Flashback

Hai.Ehh…Ergh…Annyeong. Eh,awak semua janganlah usha saya macam ni. Cikgu Song pun sama.Segan saya dibuatnya.’

Satu kelas ketawa.Aku pun sama.Dia yang pertama memperkenalkan diri.

Kelakar ke?Apa-apa jelah. Oh ya, nama saya Jang Minwoo. Panggil saja, Minwoo. Saya tinggal di kejiranan Huang. Kalau rajin, datanglah rumah saya nombor 22 jalan 1. Kalau kena kejar dengan retriever jiran saya jangan panggil nama saya tau? Nanti habis saya kena hembat dengan pemilik anjing tuh.Hehe.’

Satu kelas tersengih.Tanpa sedar aku mencatat alamatnya.Haha.Gila la aku nih.

Haa…Bercakap tentang pengalaman pertama disekolah ini ya.. First sekali, of courselah saya jumpa dengan Cikgu Song yang cantik molek ni.Hehe. Cikgu single lagi tak? Bila-bila saya ingat nak masuk meminang cikgulah!

Satu kelas gamat sekali. Aku lihat wajah Cikgu Song sudah merona merah. Pandai betul Minwoo ni buat orang segan eh? Ayat Minwoo tadi membuatkannya menerima satu ketukan dikepalanya dari Cik Song sebagai hadiah.

Yang kedua, saya terjumpa dengan Hae In. Hehehe. Mianhae (maaf) fasal insiden tadi. Harap awak akan jadi kawan saya yang baik,terbaik dan sentiasa terbaiikk!Hehehe

Ayatnya membuat aku blushing sendiri.Satu kelas memandangku.Aku tersengih menggigit lidah sendiri.

Segala-galanya selepas itu, aku tak ambil kira a.k.a dengar dah walaupun masih panjang Minwoo membebel dihadapan sana itu. Dan sesisi kelas masih gamat dengan ketawa. Kerana hanya sepotong kata itu membuat aku lupa dunia.

‘Harap awak akan jadi kawan saya yang baik,terbaik dan sentiasa terbaiikk!Hehehe

End of flashback

‘Harap awak akan jadi kawan saya yang baik,terbaik dan sentiasa terbaiikk!Hehehe

Aku masih tersenyum meski aku sudah tidak mengingati kembali masa-masa awal didalam kelas.

Aku angau ke?Eh..Tak tak. Mana boleh.Hoho. Aku masih melamun. Mengelamun sehingga Jepun. Eh eh. Aku sudah dapat membayangkan Tsubaki Ren dihadapan akulah~ Waaa~~~

Minwoo’s POV

Sembang punyalah sembang.Gila lama aku sembang.Sedar sedar dah rehat. Tadi,bukan belajar pun. Cikgu Song sibuk uruskan pendaftaran.Kitaorang apa lagi?Faham faham lah… Bebudak yang tadi sembang aku pun dah start pergi meninggalkan aku.Pergi mana? Kafe atau kantin sekolahlah.Hehe.

Aku menoleh kebelekang. Hae In duduk belakang aku.Memang aku sengaja pilih tempat dia.Senang nak usik dia nanti.Hehe.

Eh eh?Dia mengelamun ke?Aku usha dia punya lama ni pun takkan dia tak sedar? Aaa… Comellah dia ni…

Rambut dia colour hitam coklat.Warna asli.Tak dicelup.Anak matanya, kecoklatan. No lenses. Hidungnya, sedikit mancung. No need to do plastic surgery.Dua ulas bibirnya sungguh menawan. Kemerahan bak delima merekah.Nampak seperti menggoda.Aku mendekatkan mukaku dengannya. Ke..Kenapa dengan aku ni? Aku memejamkan mata. Ah,biarlah. Bukannya dia sedar. Nenek ni kalau dah mengelamun bukan sedar.Kan?Kan?

Dekat.Makin dekat.

Hae In’s POV

Wah…Bestnya kalau aku betul-betul dapat jumpa Tsubaki Ren.Hehehe. Dah dahlah tu Hae In… Jangan nak mengelamun lagi. Nanti mereng dibuatnya. Aku memberhentikan lamunan.

Eh eh. Kenapa muka Minwoo ni dekat sangat dengan aku? Bibir dia? Eh eh?Dekat gilaa. Tanganku tanpa sedar pantas mencapai buku teks fizik disebelahku. Dan secara tak sedar juga aku mengetuk kepalanya dengan buku setebal seinci setengah itu.

“ARGGHHH!!!”

Minwoo’s POV

“ARGGHHH!!!”

Aku menjerit. Gila. Siapa ketuk kepala aku nii? Aku membuka mata.

Hae In?Hae In ketuk kepala aku? Ish. Masuk kali ini dah dua kali dia ketuk kepala aku! Perempuan ni lah. Nampak je lembut. Gila ganas. Layak dapat gelaran ‘Nek Ketuk’ lah dia ini!

“Yahh!Apa awak cuba nak buat hahh?!” Suaranya menjerit nyaring. Mujur tinggal kami berdua didalam kelas diwaktu ini.Kalau tidak, pasti aku sudah blushing sengsorang kat sini.

Tak sedar pula aku membalas,

“Yahh!Kenapa awak ketukk kepala saya hahh?Dah tu dengan buku Fizik! Awak tau tak saya minat Fizik? Awak ketuk kepala saya dengan buku teks Fizik nanti habis semua minat saya terbang. Siapa nak pergi kejar minat saya tu nanti? Awak?”

Adoi. Semua sikap aku dah terkeluar disitu. Terbeliak mata dia memandang aku. Aku gelabah sebentar.

“Hei! Biarlah! Bukannya penting saya nak kejar minat awak tu atau tidak! Yang tadi muka awak dekat sangat dengan saya kenapa haahh?!”

Aku jeda.Mencari alasan. Tak mau kalah.

“Yang tadi awak mengelamun punya lama tu kenapa?Saya tengoklah awak sekejap. Tup tup rasa mengantuk. Yang saya tau saya nak tidur. Manalah saya sedar muka saya rapat dengan awak!”

Oho. Tipu separuh.Cakap benar separuh.Ceh.Lantaklah.Ada juga yang betul kan?

“Hesh.” Dia kelihatan senyap sebentar.Mungkin penat nak berbalah dengan aku kut. Rasa bersalah pula aku dibuatnya. Sebenarnya aku tau aku yang salah.Bukan dia. Tapi…Takkanlah aku nak ngaku yang aku nakk..Eh EH. Mana ada kau nak ‘  ‘ dia tadi! Tak sedar kan?Kann?

“BBURRRRRR ~ ~ ~”

Eh eh. Bunyi apa tu. Aku mencari-cari.Dahsyatnya bunyi tu. Pencarianku berhenti di wajah Hae In. Dia mempamerkan wajah tidak bersalah. Tapi kemudian tersengih.

“Yihhh……..! Tak senonohlah awak ini Hae In!” Aku sengaja mengusiknya.

“Eh!Apa pulakk? Perut saya berbunyi sebab lapar lahh!”

“La…Ingatkan dia kentut tadi.” Sengaja aku mengusik lagi.Sengaja dalam nada perlahan. Aku tahu dia mendengar.

“Yah! Kentut, bunyinya PROOTTT. Lapar, bunyinya, BBURR, macam tadi. Fahamm???”

 Dia cuba menerangkan.Bersungguh-sungguh mukanya.Hahaha.Comel.

               “Yelah.Yelah.Awak lapar. Okey,jom pergi rehat.Tinggal 10 minit je lagi.” Aku melihat jam G-SHOCK  di pergelangan tanganku ini.

               “Tak maulah.” Terkejut aku dibuatnya.Kenapa?

               “Kenapa?”Soalku.

               “Malas.”

               Ceh.Penipu.Aku tau dia tak nak pergi rehat dengan aku. Segan kut.Eh?Apa yang nak disegankan?Aku berbaju macam budak biasa. Nak kata hensem tu,lebih.Haha. Apa pula nak segan?

               “Dah.Jangan nak mengada. Jom pergi rehat.Saya belanja!” Aku menarik lengannya. Dia mengikuti langkahku.Nampak sangat yang dia pun mahu pergi kafe.

               “Eh.EH. Nape pula?” Banyak songehlah budak ni.

               “Ganti rugi tadi.”

               “Heh?” Alamak.Silap cakap.Aku berhenti sebentar dimuka pintu kelas.

               “Eh.Eh.Tak ade apalah.Saja nak belanja. Dahlah. Kajja. (Jom).”Aku menarik lengannya kembali. Segala pertanyaannya sudah tidak kuhiraukan lagi. Yang aku tahu, aku sendiri pun dah start lapar. Harap-harap perutku tak berbunyi lagu dangdut seperti perut Hae In tadi.Hehe.

===
Cik Song’s POV
“Cheh budak berdua tu.Gaduh sekejap aje.Pastu baik semula.”  Cikgu Song mengintai dari tepi pintu kelas.Nampak Minwoo bersungguh-sungguh mengajak Hae In pergi makan.

“Minwoo tu pun satu. Bersalah tak nak mengaku.” Hehe.Cik Song memang sudah nampak segalanya.Dari adegan Minwo try nak ‘ ‘ sampailah sekarang. Eh eh.Pembetulan. Yang bahagian ‘ ‘ tu belum ada confirmation lagi ea?

“Alamak.Mereka nak datang sinilah!” Pantas Cik Song berlari menyorok dibelakang pintu kelas 1A-1 pula. Nampak Minwoo dengan selamba menarik lengan Hae In menuruni tangga.Hae In pula seperti sedikit meronta meminta lengannya dilepaskan. Haha. Sweet scene –